Sistem Syura Islam dan Demokrasi: Persamaan


Di sebalik pelbagai perbezaan antara dua sistem pemerintahan yang dihuraikan di atas, terdapat juga beberapa perkara memperlihatkan persamaan yang antara sistem syura dan demokrasi liberal.

Dr. Dhiyauddin ar Rais ada mengatakan bahawa terdapat beberapa persamaan yang mempertemukan antara Islam dan demokrasi. Namun, perbezaannya keduanya adalah lebih banyak. Persamaannya menyangkut pemikiran sistem politik tentang hubungan antara rakyat dan penguasa serta tanggungjawab di dalam system pemerintahan. Akhirnya, Dr. Dhiyauddin ar Rais menyimpulkan bahawa antara Islam dan demokrasi tidak hanya memiliki persamaan di bidang politik, bahkan lebih daripada itu.

Unsur-unsur yang terkandung dalam demokrasi dan keistimewaannya pun sudah pun terkandung di dalam Islam. Dalam menerangkan hal itu, beliau mengatakan, “Jika yang dimaksud dengan demokrasi seperti definisi Abraham Lincoln: dari rakyat dan untuk rakyat pengertian itu pun ada di dalam sistem negara Islam dengan pengecualian bahwa rakyat harus memahami Islam secara komprehensif.”

Jika demokrasi itu memperjuangkan dasar-dasar tertentu seperti kebebasan berfikir, keadilan sosial, dan merakyatkan ekonomi, semua dasar-dasar tersebut sebenarnya di bawah jaminan Islam. Jika demokrasi itu juga diertikan sebagai sistem yang mengikuti asas pemisahan kekuasaan, itu pun sudah ada di dalam Islam. Kekuasaan legislatif sebagai sistem terpenting dalam sistem demokrasi diberikan penuh kepada rakyat dan terpisah dari kekuasaan pemimpin asalkan pembuatan undang-undang itu hendaklah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah sebenarnya hampir semua dasar-dasar perjuangan parti politik yang terkemuka satu dunia adalah terkandung dan selari dengan apa yang disuruh oleh Allah, cuma kegusaran agenda peribadi masing-masing sahaja yang menghalang sistem syura ini daripada dilaksanakan di seluruh dunia.

Rujukan: fillah.wordpress.com/2007/06/25/persamaan-dan-perbedaan-sistem-politik-islam-dan-demokrasi/

No comments:

Post a Comment